Sejarah Dan Perkembangan Sekolah

      Pada zaman pemerintahan Jepun dalam tahun (1942 - 1945) sebuah sekolah telah didirikan secara gotong-royong oleh penduduk di sekitar Kampung Sungai Baru di atas tapak kepunyaan Tok Haji Jaafar. Jumlah murid-murid berdaftar belajar seramai 30 orang dan seorang guru yang mengajar secara sukarela tanpa dibayar gaji sesen pun. Riwayat hayat sekolah tersebut tidaklah kekal lama dan akhirnya diturup begitu sahaja.

      Dalam tahun 1952, sebuah sekolah baru telah didirikan di atas tapak tanah kepunyaan Encik Abdul Razak bin Man. Bahan-bahan binaannya adalah bekas bangunan lama iaitu bangunan Sekolah Melayu Kangar yang dihadiahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis. Tokoh penting dalam usaha mendirikan sekolah ini ialah Allahyarham Tuan Haji Abdul Karim bin Md Noor, bekas guru Quran di sekolah Melayu yang sangat disegani oleh semua masyarakat tempatan kerana sifat mulianya dan daya gigih yang tidak ada tolok bandingnya. Beliau dibantu oleh Encik Choh bin Abdul Samad. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rakyat Sungai Baru, Perlis dan ditadbir oleh sebuah Lembaga Didik. Ketika itu murid yang berdaftar seramai lapan puluh lima orang dan guru yang mengajar seramai empat orang iaitu Cikgu Abdul Ghani bin Yom sebagai Guru Besar, dibantu oleh tiga orang guru biasa iaitu Cikgu Salim bin Shaari, Cikgu Ismail dan Cikgu Salim.

      Bangunan sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh DYMM Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalulail, Raja Perlis pada 6 September 1952. Pada 3 Julai 1955, kerajaan negeri telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini dan seterusnya melantik YM Ku Sulung Ku Akob sebagai guru besar yang pertama mentadbir sekolah ini.

 Pada tahun 1980 sekolah ini telah mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia dimana sebuah bangunan baru dua tingkat telah dibina. Bangunan ini terdiri daripada tujuh buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik TV pendidikan dan sebuah pejabat. Disamping itu sebuah kantin dan sebuah padang permainan telah juga disediakan demi untuk kegunaan dan kebaikan murid-murid disekolah ini.

     Pada tahun 1987 sebuah bangunan gotong royong yang mengandungi dua buah bilik darjah telah dibina dibawah Projek Gotong Royong Kementerian Pendidikan Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM 20000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja). Pada tahun 1989 pula bangunan dua tingkat pula telah dibina dengan empat buah bilik darjah, sebuah perpustakaan yang telah diubahsuai dan sebuah bilik tayang.

      Pada Akhir tahun 1993 sekolah yang telah beroperasi membina sebuah bangunan Asrama Desa untuk dihuni oleh anak-anak didik sekolah ini. Tiang - tiang kayu adalah kayu-kayu pemberian dari Lembaga Letrik Negara (sekarang dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad) sebanyak 50 batang dengan harga cuma RM 1.00 sebatang. Lain-lain alatan pembinaan adalah hasil wang juga dari pihak perseorangan. Akhirnya pada awal tahun 1994 maka terbinalah sebuah asrama yang telah diberi nama Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Sungai Baru, Perlis. Hasil projek gotong-royong penduduk tempatan, guru-guru serta kakitangan sekolah dan terutamanya ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berkerja keras banyak memainkan peranan penting dalam usaha pembinaan ini. Asrama ini mempunyai penyelia asrama berjawatan tetap dibantu oleh seorang pengasuh dan seorang pelayan asrama. Penghuni asrama ini dibawah kawalan seorang warden asrama iaitu guru sekolah ini. Penghuni asrama seramai 50 orang dimana setiap perbelanjaan makan dan minum serta perbelanjaan bersangkutan dengan pembelajaran murid-murid penghuni asrama ini dibantu sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1994 juga, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membina dua buah rumah guru berhampiran dengan bangunan Asrama Desa.

 

 

 

 

 

 

Senarai Guru Besar Yang Pernah Bertugas

Bil Tarikh Nama Guru Besar Catatan
Mula Tamat
1 06.09.1952 02.07.1955 En. Abdul Ghani bin Che Yom Bersara
2 03.07.1955 19.05.1956 YM Ku Sulung Ku Akob Bertukar
3 20.05.1956 31.01.1959 En. Bakar bin Mat Saman Bertukar
4 01.02.1959 31.12.1959 En. Wan bin Rejab Bertukar
5 01.01.1960 12.01.1963 En. Ramli bin Abd Karim Bertukar
6 13.01.1963 31.12.1963 En. Md Isa bin Saad Bertukar
7 01.01.1964 31.12.1977 En. Ismail bin Mohd Hashim Bertukar
8 01.01.1978 31.12.1979 En. Zainol bin Bakar Bertukar
9 01.01.1980 30.11.1982 En. Ramli bin Sudin @Ludin Bertukar
10 01.02.1982 15.08.1987 En. Mohd Abdoh bin Abidin Bertukar
11 16.08.1987 06.06.1991 En. Hamid bin Md Taib Bersara
12 07.06.1991 15.08.1992

En. Haji Abdul Aziz bin Hj. Ibrahim
(Memangku Guru Besar)

13 16.08.1992 15.01.1995 En. Abdul Rahman bin Jaafar Bertukar
14 16.01.1995 19.09.1997 En. Zakaria bin Sudin Bersara
15 20.09.1997 31.10.1997

En. Yusof bin Che Pin
(Memangku Guru Besar)

16 01.11.1997 17.10.2000 En. Rezali @ Razali bin Osman Bersara
17 18.10.2000 15.12.2003 Pn Noorizah binti Shuid Bertukar
18 16.12.2003 16.01.2005 Pn Wan Halimatun binti Ismail Bertukar
19 17.01.2005 15.03.2007 Pn Hajah Rokiah Binti Osman Bertukar
20 16.03.2007 En.Kamarudin bin Ismail

 

Free Web Hosting